Saturday, June 18, 2011

mood blogging returned : selamat hari bapa! =)

Assalamualaikum wbt...as stated...my mood for blogging had just recently been resuscitated...haha..maybe sebab mood untuk benda2 lain sume dah hilang@berkurang kot?haha..tak apa lah..janji boleh ber-blog..

okey..post kali ini is all about hari bapa...ouh sedih menulis ni..haha..well..pada sesiapa yang tak tahu..aku anak yatim..antara post awal aku kat blog ni pernah mention pasal tu...aku mula jadi anak yatim time aku umur 4 tahun++ macam tu..arwah abah aku meninggal sebab penyakit batu karang+mati sebelah badan (strok kot...xsure lak)..well kalau korang tanya aku, perasaan macam mana kalau ade bapak, siyes aku tak ingat sangat perasaan time tu macam mana..

yelah..apa nak dikatakan..aku tak ingat sangat sebab time tu aku kecik lagi..tapi perasaan and ingat-ingat lupa jugak lah apa yang pernah aku lalui..

haha anyway itu je lah yang dapat aku ceritakan tentang arwah bapak aku..pada yang senasib dengan aku..jangan sedih2 or apa..doakanlah semoga roh bapak2 kita dicucuri rahmat-Nya.. =)

any way pada bapa-bapa di luar sana@yang nak jadi bapak tuh..aku ucapkan selamat hari bapa..jadilah bapa yang disayangi, dihormati, dan diredhai-Nya.. ^^

assalaualaikum wbt..~~ :D

Friday, June 17, 2011

2T6B6H....GG

assalamualaikum wbt...

just a short update..well the title itself is everything that I wanted to said.

huhu..tak apalah..anyway..doakan keselamatan anak buah aku, Iman Humaira yang akan dibedah pada minggu hadapan...22 Jun 2011..to be frank..peluangnya cuma 50-50..kalau pembedahan berjaya..anak buah aku insya Allah akan bebas daripada kanser...tapi kalau tak..wallahualam lah..satu minggu yang sangat mencabar untuk aku dan famili aku..doakan Iman Humaira kalian...terima kasih banyak2...

--KDP--hint : song title.. :P

Wednesday, May 25, 2011

aktifkan dirimu,~~

assalamualaikum wbt..

oh..agak lame dah tak post..apesal tah aku rasa sangat malas nak update semenjak the past few months..well..maybe belum dapat ilham untuk mencoret kot...anyway... I'm back for blogging arena..yeah..

and I will try my best to write in full words...no shortforms anymore...insya Allah.. =)

hehe..dah 2-3 minggu aku balik dari penang..alhamdulillah..dah habis belajar..sekarang sedang menganggur, dan mengapply kerja..tapi masih belum bernasib baik..oh...tak apa lah..maybe belum ada rezeki lagi..anyway...aku sabtu ni (28 Mei) baru nak mula masuk kelas memandu...oh..mesti korang rase aku ni noob gile baru nak amik lesen kan?tskkk....biar lah aku cerita kenapa....

dulu..lepas habis SPM..aku terus straight kene masuk PLKN..pas abis PLKN..masuk matriks...abis matriks..masuk USM pulak..sekarang dah habis dekat USM baru lah aku berkesempatan untuk belajar driving..oh my...cuak lah pulak kan...tapi, lesen memandu tu sangat penting...beli kereta?mesti lah ade perancagan tu...kite nantikan dapat rezeki and kesempatan..tapi kerja pun belum dapat...siapa nak bagi aku kerja sila angkat keyboard... O.o

haha..agak takde modal lepas dah lama tak berapa nak aktif blogging..anyway...its been quite long dah xpost...oh yeah..welcome back to me...~~

assalamualaikum wbt... :)

Friday, April 08, 2011

after 3 months...here I am :)

assalamualaikum wbt..

it's been a long time...seriously long..well..to be exact, the last post back then is dated on 11th of January and today is 8th of April..it's nearly 4 month..hoho..

alhamdulillah..semester akhir aku nih berjalan dengan lancar, syukur pada Allah kerana melancarkan urusan aku dan kawan-kawan aku..4-8 april merupakan minggu untuk kami pelajar tahun akhir CS@USM menunjukkan demonstrasi projek tahun akhir pada para pensyarah...dan semalam, kumpulan aku, MiB dah present dah..alhamdulillah...it went well :) praise to HIM..and pada team mate aku, matnor dan bazilah..gud job..kita dah berjaya.. :) begitu juga pada kawan2 cs usm yang lain..tahniah juga kepada anda semua :)

seperti biasa, semester akhir merupakan semester yang sangat chaotic..mana tak chaotic nya, buat kerja pun banyak last minute..er..pada para pembaca yang masih study lagi, sila jangan jadi macam saya suka buat kerja last minit...tak elok..bahaya..huhu..mula2 dulu..selalu keluar dengan kawan2..enjoy untuk the last semester together lah katakan..pergi main bowling ramai2..pergi makan seoul garden ramai2..pergi makan marvelos ramai2...i will be missing those moments...surely will..

oh..perasaan sedih memang dah lama menebal dalam diri ini.memikirkan bahawa ni last sem dapat lepak sama2 ngan kawan2..huhu...that's so sad..but as the saying goes..perpisahan itu merupakan permulaan sesuatu yang baru yang lebih baik...tapi prinsip aku tetap sama..kawan sekali adalah kawan sehingga menghembuskan nafas terakhir..

well..terlebih dulu, aku nak mintak maaf dahulu..sebab post aku mmg selalu dipenuhi karangan2..hope u can bear with it..hehe..

okey..oleh kerana semester ini hampir melabuhkan tirainya..maka suatu alam baru akan ku tempuhi..iaitu alam pekerjaan....(atau alam per-master-an??)  yaaaa...itu lah bende yang sedang mengusutkan aku sekarang nih..aku nk further study pegi master or mula bekerja??? tapi tu la..nak further master..pointer aku sekarang ni baru 2.67..layak kah?aku pun tak tahu layak ke x ntok buat master..dengar2 pointer kene 2.75 minimum ntok buat master..tp wallahualam..aku xsure..tpi kalu layak wat master pun, mcm mana aku nk sara living cost sendiri..kalu boleh jadi research officer di samping buat master, insya Allah siyes aku nak..wat master at the same time bekerja..mau2..tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki aku ke arah bekerja dahulu pun aku redha... :) kak eifah, amer, ezza dah dapat kerja dah..tahniah pada mereka..aku bile lagi? apply kerja pun baru berapa je, berangan nak dapat dengan mudahnya..apa pun..itu semua ketentuan-Nya..aku cuma kene lebih berusaha meng-apply kerja lah..

sedar tak sedar..dah 22 tahun (although belum pun achieve the 22nd b-day..haha) aku menerima rahmat-Nya untuk terus meneruskan kehidupan di dunia ini, alhamdulillah..dah banyak aku belajar..kalu nak kira tahun aku berada dalam formal education, it starts when I was 7 years old...now I'm 22..so +-15 years of studying have made me to become who I am right now..am I good or not? wallahualam..aku tak tahu,,mana boleh aku decide and give opinion to my own self...its others who are eligible to comment on me..but one thing for sure..I do realise my own weaknesses..I admit it..and I will be trying my hardest to fix them..

er ape aku punya tema ntok post kali ni? rasanya tiada tema yang nyata..its just i'm blabbering things..which is quite spontaneous..so..dengan berbaki lagi 3 minggu aku di USM ni..aku nak hargai saat-saat di sini bersama semua kawan-kawan aku...I love all of you, CS Friends! :) assalamualaikum wbt..

p/s: kalau dah abis belajar..boleh bekerja..dalam beberapa tahun lagi dah boleh kahwin la kan? hehe...

Tuesday, January 11, 2011

First of 2011

Assalamualaikum wbt..

Selamat Tahun Baru 2011 (even hari aku tulis post ini 11 Januari) ...haha...apa cerita semua? harap-harap sihat-sihat belaka =) ...

well, ape yang aku nak post ni maybe tidak berapa panjang sangat agaknya, it's regarding anak buah aku, Iman Humaira...korang masih ingat lagi kan pada Iman tu? dulu (a few months ago), dia dah pulih daripada kanser, but unfortunately, just back then on last 2-3 months, the doctor has confirmed that the second attack of neuroblastoma has occures, this time it's much stronger than before..kalau dulu, aku ada beritahu, kanser Iman tu dah berada pada stage 2/5, untuk serangan kali kedua ini, doktor mengatakan bahawa kali ini adalah kanser pada stage 4/5....first time we got to know of this fact, it seems the world is so injustice; why would such a little cute girl is being tested with such sickness?? but re-think...the bigger the hardship that Allah puts us through, the more that HE loved us, insya Allah...

in the meantime, ada juga doktor memberi jangkaan untuk berapa lama agak-agak Iman masih boleh meneruskan kehidupan, which he predicted to be 2 more years....ya Allah..mula-mula aku dengar mak aku cerita pasal ni dekat aku, dia dah menangis dah..yelah, ade ke nenek yang tak sedih bila dapat cerita macam itu...walaubagaimanapun..kita tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh tuan doktor itu...bukan tidak menerima, tapi hanya Allah saja yang mengetahui berapa lama lagi kita akan berada di alam ini...doktor pula hanya meramal berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya...Allah knows much better than every single of us..insya Allah...Iman, you are a very strong girl, i known that already...for girl of your age, not retaliating with all those wires and bandages or whatsoever medicinal devices that are attached to that small body of yours, is already very amazing..you can understand that you have a disease and a bad one, so to say...for that, I respected you little girl, keep fighting, and insya Allah, victory shall be yours...

Wednesday, December 22, 2010

the future that awaits...

assalamualaikum wbt...

apa cerita semua..sehat kah? aku alhamdulillah...harap korang pun sama, in the pink of health =)

post kali ini maybe sedikit serius (?!) atau maybe tidak serius bagi kamu semua..but it's ok..asalkan bagi aku bende ini serius pun dah memadai..

tajuk post aku ni pun dah boleh bagi korang brief idea regarding apa yang aku nak sampaikan..post kali ini berkaitan future @ masa hadapan @ bahasa simple nya = masa depan...kenapa dengan masa hadapan?well, it is very subjective...dulu, aku rasa macam 'lama lagi' jer bila orang tanya " dah besar nak jadi apa?" atau time isi borang-borang untuk jawab soalan "Cita-cita=?" ..aku rasa benda masa depan nih lama lagi...ahaha...but sekarang..dengan dah umur 21 tahun..dah boleh mengundi dah...ahakz...boleh ke aku main jawab je bila orang lain tanya, "apa cita-cita kamu?"

dulu..aku ingat lagi..chronologically, aku dulu, time orang tanya, nak jadi apa, jawapan piawai...nak jadi engineer...nak jadi doctor...dua pekerjaan ini saja aku katakan@tuliskan apabila orang lain bertanya mengenai cita-cita..selepas itu..masa sekolah menengah..kerana sangat berminat dengan subjek Sejarah...(well..tak minat pada bahagian politik dalam subjek sejarah) aku tukar cita-cita aku...aku nak jadi ahli arkeologi...time tu memang aku fikir jugak...apa punya cita-cita lah nak jadi archaeologist nih?? tak pernah dibuat orang...haha..well..time itu maybe fikir for the short term sahaja agaknya..tak mempertimbangkan isu-isu dan hal-hal semasa...kemudian..aku masuk matrik melaka...dapat pulak kursus biologi..aku mula fikir pulak..oh..boleh jadi biologist nih...lagi dasat pulak tu, aku pernah terfikir nak mintak biomedical science ( ni untuk lepas matrik maksud aku)..tapi..apabila dah lepas satu semester dekat matrik, aku tengok...result paper bio aku sangat tidak memberangsangkan..aku mula menukar fikiran...

"apa yang orang sekarang ramai minat?"......"apa yang orang sekarang kejarkan atau perlukan?" ...


dan dalam masa yang sama..kedua-dua abangku dan akak bekerja dalam sektor IT@ICT..aku dah mula tergerak hati nak amik course IT-related...kedua-dua abang aku graduated from IT@UKM...akak aku pulak Sains Kemanusiaan tak silap, also from UKM..but alih-alih..kerja dekat kompeni IT...aku pun macam fikir...oh..IT banyak peluang dekat luar, even time tu, aku banyak dengar orang kata, graduan IT tak dapat kerja sebab ramai sangat, and peluang kerjanya pun sikit, but aku fikir balik lepas aku dah masuk 1st year CS@USM tu..lepas belajar Moore's Law, yang bagitau dari tahun ke tahun, computer punya capability@processor akan berganda sebanyak dua kali ganda...dan agak betul teori pakcik Moore nihh..aku fikir jugak..kalau banyak sangat innovation and chances, kenapa tak banyak peluang kerja pulak kan? so, itu sebab nya aku masuk dekat USM..apply Computer Sciences..

later, pada tahun kedua aku dekat USM..pengkhususan untuk subjek-subjek tertentu juga telah dibuat..dan aku telah terpilih (walaupun sebenarnya apply manual) untuk menerima pengkhususan Kejuruteraan Sistem Maklumat ( Information System Engineering - ISE) ...daripada pengkhususan ni pula, aku berfikir lagi..bagai manakah peluang kerja agak-agaknya? senangkah dapat? susahkah? wallahualam..aku tak tahu.tapi itu lah..kena mencuba dan optimis terhadap dugaan@cabaran yang dihadapi..

satu lagi..bila cakap mengenai masa hadapan, bukan setakat pekerjaan sahaja yang diambil kira..tetapi juga dari aspek kehidupan..yelah..aku straight forward...siapa tak pernah fikir soal kahwin beb? haha~ jangan gelak..sebab..fikir kahwin tu fikir masa depan jugak..with who shall we share our live with till the end of time? for me, aku dah ada pilihan sendiri...empunya diri adalah rakan sekuliah tersayang..tahu-tahu sendirilah siapa..dah pernah selalu cakap..gambar siap ada dekat banner blog aku lagi ♥...bila nak kahwin? bila dah cukup duit..senang saja aku cakap..ya lah..kahwin pun perlukan perancangan juga..jadi..kalau mahu kahwin..sila cepat-cepat simpan duit.. =)

well..aku dah tak ada idea nak tulis apa dah..cukuplah setakat ini sahaja aku tulis...oh ya..di kesempatan ini..ingin aku mintak kerjasama korang semua untuk tolong aku..simple sahaja..doakan supaya anak buah aku Iman Humaira disembuhkan penyakit kanser neuro blastoma nya disembuhkan..anak buah aku ni dah kali kedua kena serangan kanser ini..dan lebih teruk daripada serangan pertama..doakanlah anak kecil yang comel itu beroleh kesihatan dan dipulihkan oleh Maha Penyembuh...amin...ya rabbal 'alamin...assalamualaikum wbt..

Saturday, December 11, 2010

Night's pondering...

I kept blinking...and blinking...after watching chuck second season..8th episode to be exact..hehe..

I kept thinking of her..well...when I said her...it's only my dear...only her...my beloved bazilah...

i know nothing why am I writing these...it's just..I love you dear...deeply and sincerely..

well..going to sleep...good night folks...

salam... =)