Thursday, May 29, 2008

DIET Cara Rasulullah SAW_GIVE IT A SHOT


>Jangan makan SUSU + DAGING
>Jangan makan DAGING + IKAN
>Jangan makan IKAN + SUSU
>Jangan makan AYAM + SUSU
>Jangan makan IKAN + TELUR
>Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
>Jangan makan SUSU + CUKA
>Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL





Buku Berjudul "Konsep Perubatan Islam" dari pengarang Dr.Danial Zainal Abidin..(Pustaka Nahnu)


'berkata ibnu Qaiyim : "diantara disiplin ar-Rasul berhubung dengan pemakanan ialah baginda tidak pernah sesekali mencampurkan di antara susu dan ikan, di antara susu dengan makanan yg mengandungi asid, di antara dua jenis mknn yg mmpnyai unsur 'panas', di antara susu dengan telur, di antara daging dengan susu, di antara makanan yg dipanggang dengan api dengan mknn yg dimasak biasa..'

>ada lagi info dari buku tu..tentang cara pemakanan Rasulullah..

- jangan makan n minum berlebihan
Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"tidak ada bekas yang lebih keji yang diisikan oleh anak
Adam daripada perut. cukuplah bagi anak Adam dengan
beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. dan
sekiranya ia terpaksa melakukan juga, maka satu pertiga
untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu
pertiga untuk nafasnya"
(Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan Nasai)

- kedudukan yang betul ketika hendak makan dan minum
~ Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"janganlah makan sambil bersandar"
(Bukhari, Tarmizi dan Abu Daud)
~ daripada Anas bin Malik telah meriwayatkan bahawa:
"Nabi melarang seseorang meminum sambil berdiri"
(Muslim)

- jangan tidur selepas makan
~ diriwayatkan bahawa :
"Ar-Rasul melarang (seseorang) tidur selepas makan dan
sesungguhnya perbuatan itu mengeraskan hati"
(Abu Nuaim)

- jangan meminum sesuatu dan dihabiskan dengan satu teguk ~ Rasulullah telah bersabda :
" janganlah kamu minum dengan satu teguk seperti cara
meminumnya unta. akan tetapi minumlah dengan dua atau
tiga (teguk). dan sebutlah 'Bismillah' bila kamu
(hendak) meminum dan pujilah Allah (yakni
Alhamdulillah) bila kamu selesai"
(Tarmizi)





Dari Buku (Shahih Bukhari,dari Imam al-Bukhari,jilid 4)

- makanan dua orang cukup untuk tiga orang
Dari Abu hurairah r.a katanya :
Rasulullah s.a.w bersabda :
"makanan dua orang cukup untuk tiga orang. makanan untuk
tiga orang cukup untuk empat orang."

- orang beriman makan dengan satu perut
Dari Abu Hurairah r.a katanya :
Ada seorang lelaki yang biasanya banyak makan. setelah ia
masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan kepada
Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda :
"orang yang beriman makan untuk satu perut. orang yang
kafir makan untuk tujuh perut."




SUMBER : GROUP USRAH ONLINE

1 comment:

Amin Jamil said...

its a useful post.
i'd never know that there's a very specific guideline bout food.