Saturday, November 20, 2010

decision is mine!

assalamualaikum wbt...

just a short post kali ini..
insya Allah..lepas aku grad..aku akan kahwin further master, kalau masih ade IPTA yang support SLAB..dan kalau tidak..aku akan terus melangkah ke alam pekerjaan...insya Allah between these two only..but there are always the 3rd choice..which is HIS choice..kalau Allah dah tetapkan aku ke another particular road than these two..insya Allah aku akan berusaha sedaya upaya...

p/s: tetibe terasa nak tulis semua ini...kita doakan kejayaan sesama kita manusia...amin~..

ok lah..assalamualaikum wbt.. =)

Wednesday, November 17, 2010

salam aidil adha..~

assalamualaikum wbt...

hari ini..17 november 2010 sangat bermakna buat aku  =)
kerana apa?

  1. hari ini merupakan Hari Raya Aidil Adha
  2. hari ini juga merupakan hari ulang tahun aku yang ke-21..alhamdulillah..  =)
2 benda ini sahaja dah buat aku sangat terharu..aku dah 21..dah boleh mengundi..dah boleh kahwin...eh....oppss...hehehe...kegatalan dikesan...hehe..

actually aku tak tau sangat nak post pasal apa sebenarnya, cuma aku rasa tangan aku ni rasa nak menari dekat atas keyboard laptop ni..biase keyboard punya huruf sesetengah je aku tekan di kala bermain dota..haha..

well..kali ni aku nak cerita pasa DoTA la pulak..

DoTA = Defense of The Ancients...game ini bukan lah baru, kalau tak silap, mula diperkenalkan pada tahun 2004 macam itu...aku pun mula main bende alah ni pada tahun 2007, time aku dekat KMM dulu...bende ni diajarkan kepada aku oleh incik Nordeen Sani, bekas rumate aku dekat KMM dulu..oh..mula-mula bermain dahulu memang aku tak boleh langsung challenge dia..dia dah lama main kot bende alah ni..aku lak baru je nak belajar guna short key untuk cast skill and magic, dia relax je buli aku..sangat kejam waktu itu..tapi sekarang tidak..aku jamin..aku dah boleh setanding dia sekarang..kot..hehe...nanti kau Kodin!!

ok berbalik kepada DoTA kita ya..sebenarnya, DoTA merupakan custom map yang dibuat oleh incik Ice Frog..dan lama-kelamaan, konsep game ini berjaya menarik minat ramai player dan ramai fell in love with this game..basically, objektif permainan ini adalah untuk memusnahkan base enemy..terdapat dua pakatan yang utama dalam game ini, iaitu the Scourge dan the Sentinel...tapi, dalam map-map versi baru, terdapat kumpulan ketiga. iaitu neutral..mereka boleh jadi Scourge, boleh jadi sentinel..



ok, berdasarkan gambar di atas,dah terdapat 101 character yang telah di-invent..secara amnya, terdapat 3 attribute utama untuk kesemua watak-watak dalam DoTA...Intelligence, Strength dan Agility. Seperti yang tergambar oleh nama atribut-atribut tersebut, watak Intelligence banyak bergantung pada penggunaan mana  untuk membuat skill masing-masing..bagi character Strength dan Agility pula, kebanyakan mereka hanya bergantung pada brute force, iaitu saling pukul memukul antara satu sama lain..kesemua watak-watak dalam DoTA mempunyai keistimewaan masing-masing jika dibandingkan daripada jenis skill yang mereka punyai..ini salah satu contoh watak dalam DoTA...

hoho...character ni namanya Rooftrellen - Treant Protector...daripada gambar di atas, kita dapat lihat watak ini ber-attribute-kan Strength, kerana dapat kita lihat kadar kenaikan attribute Strength-nya adalah melebihi kenaikan attribute Agility dan Intelligence nya..untuk attribute Str-ia mempengaruhi nilai HP (hit point aka nyawa) watak tersebut..bagi attribute Agi-ia mempengaruhi attack speed dan nilai Armor untuk watak-watak tersebut, dan Int-mempengaruhi kadar mana yang tertentu untuk sesuatu character tersebut...attribute utama (dalam kes sekarang gambar di atas, attribute Str adalah utama) juga mempengaruhi nilai damage yang boleh dilakukan untuk sesebuah watak dalam setiap serangan yang dilakukan..terdapat watak yang mempunyai serangan jarak jauh (ranged-hero) dan terdapat watak yang berjarak dekat (melee hero) serangannya..

perkara yang paling penting dalam game ini, bagi aku, merupakan kerjasama..jika seseorang itu bermain hanya untuk dirinya tanpa kerjasama, agak susah untuk dia memenangi perlawanan..baiklah, selanjutnya, aku nak explain mengenai detailed dalam gameplay DoTA..sila rujuk rajah di bawah..

aku dah label sekali apa yang korang perlu tahu untuk basic mengenai game ni..macam yang korang tengok..sesebuah character mempunyai 4 skill utama, dan skill paling kanan merupakan ultimate skill untuk setiap character..pada inventory, kesemua character cuma mempunyai 6 slot untuk membeli barang-barang yang perlu untuk berlawan..pada mini map sebelah kiri rajah di atas, tu menunjukkan lokasi watak kita dalam satu map DoTA..pihak yang berada di bawah adalah memihak pada Sentinel, dan di atas adalah the Scourge..seperti yang korang nampak, di belakang rooftrellen tu, ada creep yang akan spawn mengikut interval yang ditetapkan..watak kita mendapat gold apabila kita membunuh creep atau membunuh character enemy (dalam hal ni kita sebut sebagai Hero)..semakin banyak pembunuhan yang dilakukan, semakin banyak duit yang akan kita dapat..tapi ini merupakan permainan,...apabila watak kita "mati", selepas beberapa kiraan, kita akan hidup semula di base dan meneruskan misi untuk mengalahkan pihak lawan..seperti yang aku cakap awal-awal, kalau terdapat kerjasama, pasukan yang seperti mahu kalah juga boleh beroleh kemenangan..

ok..panjang tol aku tulis..kalau ada apa-apa enquiry..jangan malu bertanya..hehe..

ok..assalamualaikum wbt.. =)

Friday, November 12, 2010

bersawang sudah...

assalamualaikum wbt..

bersawang sudah blog aku ni..dah lama sangat aku tak update...bukan kerana tak ada masa..ada saja...cuma aku yang tak manfaatkan kesempatan untuk mengupdate blog...alasan utama tak update adalah --> malas...ya...ini perkataan yang paling tepat menjawab persoalan nape blog aku ni dah sangat lama tak update..takpelah..yang penting..lepas ini..aku akan mula kembali rajin mengupdate blog ni..

well..what's there to be talked about ya...hurm..there's simply to many things to be told if everything regarding myself are needed to be told...haha...english pun dah yang yuk aje ni...main belasah saja ayat nya...

basically..sekarang..aku dah boleh dikira tamat semester 5, 2010/2011..bermaksud..hanya akan ada satu lagi semester (semester 6) sebelum aku boleh digelar pemilik Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer dari USM..insya Allah..doakan aku dan rakan-rakan aku sekalian..akan tetapi..semester terakhir ini juga akan menjadi satu semester yang aku kira akan jadi sangat padat..kerana apa?sebab utamanya, pembikinan FYP (Final Year Project) dan dalam masa yang sama, masih terdapat beberapa subjek yang perlu ditamatkan untuk membolehkan aku dan rakan-rakan aku graduate dari USM pada masa yang ditetapkan..

walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk terus menyerah kalah dengan ujian yang bakal tiba...apa ini..menyerah sebelum mahu mencuba, mana boleh...jangan bersikap sedemikian wahai diri ini..belum cuba belum tahu..yang MAHA MENGETAHUI saja tahu mengenai perkara ini...jadi..jangan mudah menyerah dan mengalah..cuba hingga ke titisan dakwat pen terakhir...ya...insya Allah kejayaan akan menjadi milik kita bersama.. :)

untuk semester depan, subjek-subjek yang perlu diambil..adalah...2 subjek untuk major (satu paper ISE + satu paper pilihan major lain, insya Allah major Multimedia..hehe..), satu subjek untuk minor (Organizational Behavior), satu subjek kod U ( Bahasa Inggeris LHP 456) dan 3 unit daripada FYP...tak silap aku itu sahaja kot.nanti aku akan update pada post lain apa sebenarnya subjek yang akan aku ambil...oh ya..aku punya kumpulan FYP terdiri daripada 3 orang ...aku, bazilah dengan matnor...projek kami ini bertajuk USM Eco-Games..seperti tajuk yang tertulis, kami dikehendaki membuat game menggunakan flash, dan game ini sesuai untuk mendidik kanak-kana berumur di bawah 7 tahun mengenai ekosistem dalam kawasan USM..setakat ini, game tersebut masih belum dibuat lagi kerana setiap seorang daripada kami perlulah mendalami ilmu flash dengah sedalam mungkin sebelum kami boleh memulakan sepenuhnya projek ini..

okey..itu sahaja untuk semester hadapan..untuk beberapan minggu akan datang..aku matnor dan bazilah akan menyertai Business Idea Competition..tak silap pertandingan ini akan berlangsung pada awal bulan Disember..dan dalam masa yang berdekatan..mak aku juga akan pulang dari tanah suci Mekah..alhamduliillah..lagi 2-3 minggu lagi, aku akan dapat berjumpa mak kembali.. ;-)

okey..apa lagi yang perlu aku tulis ya..walaupun sudah 9 hari berlalu..aku masih nak wish lagi..selaku pakwe yang baik..aku nak wish...

HAPPY BIRTHDAY my dear Bazilah...happy 21st birthday...
semoga panjang umur, murah rezeki :)
suka kan KAPO tu?? ;) hehe..1437..no need explanation on this..ahaha..

okey lah..kalau ada apa-apa yang aku rasa nak tulis, lain kali akan aku sambung pada post-post yang lain..okey lah...till the hand hit the keyboard again..assalamualaikum wbt... :)