Wednesday, December 22, 2010

the future that awaits...

assalamualaikum wbt...

apa cerita semua..sehat kah? aku alhamdulillah...harap korang pun sama, in the pink of health =)

post kali ini maybe sedikit serius (?!) atau maybe tidak serius bagi kamu semua..but it's ok..asalkan bagi aku bende ini serius pun dah memadai..

tajuk post aku ni pun dah boleh bagi korang brief idea regarding apa yang aku nak sampaikan..post kali ini berkaitan future @ masa hadapan @ bahasa simple nya = masa depan...kenapa dengan masa hadapan?well, it is very subjective...dulu, aku rasa macam 'lama lagi' jer bila orang tanya " dah besar nak jadi apa?" atau time isi borang-borang untuk jawab soalan "Cita-cita=?" ..aku rasa benda masa depan nih lama lagi...ahaha...but sekarang..dengan dah umur 21 tahun..dah boleh mengundi dah...ahakz...boleh ke aku main jawab je bila orang lain tanya, "apa cita-cita kamu?"

dulu..aku ingat lagi..chronologically, aku dulu, time orang tanya, nak jadi apa, jawapan piawai...nak jadi engineer...nak jadi doctor...dua pekerjaan ini saja aku katakan@tuliskan apabila orang lain bertanya mengenai cita-cita..selepas itu..masa sekolah menengah..kerana sangat berminat dengan subjek Sejarah...(well..tak minat pada bahagian politik dalam subjek sejarah) aku tukar cita-cita aku...aku nak jadi ahli arkeologi...time tu memang aku fikir jugak...apa punya cita-cita lah nak jadi archaeologist nih?? tak pernah dibuat orang...haha..well..time itu maybe fikir for the short term sahaja agaknya..tak mempertimbangkan isu-isu dan hal-hal semasa...kemudian..aku masuk matrik melaka...dapat pulak kursus biologi..aku mula fikir pulak..oh..boleh jadi biologist nih...lagi dasat pulak tu, aku pernah terfikir nak mintak biomedical science ( ni untuk lepas matrik maksud aku)..tapi..apabila dah lepas satu semester dekat matrik, aku tengok...result paper bio aku sangat tidak memberangsangkan..aku mula menukar fikiran...

"apa yang orang sekarang ramai minat?"......"apa yang orang sekarang kejarkan atau perlukan?" ...


dan dalam masa yang sama..kedua-dua abangku dan akak bekerja dalam sektor IT@ICT..aku dah mula tergerak hati nak amik course IT-related...kedua-dua abang aku graduated from IT@UKM...akak aku pulak Sains Kemanusiaan tak silap, also from UKM..but alih-alih..kerja dekat kompeni IT...aku pun macam fikir...oh..IT banyak peluang dekat luar, even time tu, aku banyak dengar orang kata, graduan IT tak dapat kerja sebab ramai sangat, and peluang kerjanya pun sikit, but aku fikir balik lepas aku dah masuk 1st year CS@USM tu..lepas belajar Moore's Law, yang bagitau dari tahun ke tahun, computer punya capability@processor akan berganda sebanyak dua kali ganda...dan agak betul teori pakcik Moore nihh..aku fikir jugak..kalau banyak sangat innovation and chances, kenapa tak banyak peluang kerja pulak kan? so, itu sebab nya aku masuk dekat USM..apply Computer Sciences..

later, pada tahun kedua aku dekat USM..pengkhususan untuk subjek-subjek tertentu juga telah dibuat..dan aku telah terpilih (walaupun sebenarnya apply manual) untuk menerima pengkhususan Kejuruteraan Sistem Maklumat ( Information System Engineering - ISE) ...daripada pengkhususan ni pula, aku berfikir lagi..bagai manakah peluang kerja agak-agaknya? senangkah dapat? susahkah? wallahualam..aku tak tahu.tapi itu lah..kena mencuba dan optimis terhadap dugaan@cabaran yang dihadapi..

satu lagi..bila cakap mengenai masa hadapan, bukan setakat pekerjaan sahaja yang diambil kira..tetapi juga dari aspek kehidupan..yelah..aku straight forward...siapa tak pernah fikir soal kahwin beb? haha~ jangan gelak..sebab..fikir kahwin tu fikir masa depan jugak..with who shall we share our live with till the end of time? for me, aku dah ada pilihan sendiri...empunya diri adalah rakan sekuliah tersayang..tahu-tahu sendirilah siapa..dah pernah selalu cakap..gambar siap ada dekat banner blog aku lagi ♥...bila nak kahwin? bila dah cukup duit..senang saja aku cakap..ya lah..kahwin pun perlukan perancangan juga..jadi..kalau mahu kahwin..sila cepat-cepat simpan duit.. =)

well..aku dah tak ada idea nak tulis apa dah..cukuplah setakat ini sahaja aku tulis...oh ya..di kesempatan ini..ingin aku mintak kerjasama korang semua untuk tolong aku..simple sahaja..doakan supaya anak buah aku Iman Humaira disembuhkan penyakit kanser neuro blastoma nya disembuhkan..anak buah aku ni dah kali kedua kena serangan kanser ini..dan lebih teruk daripada serangan pertama..doakanlah anak kecil yang comel itu beroleh kesihatan dan dipulihkan oleh Maha Penyembuh...amin...ya rabbal 'alamin...assalamualaikum wbt..

Saturday, December 11, 2010

Night's pondering...

I kept blinking...and blinking...after watching chuck second season..8th episode to be exact..hehe..

I kept thinking of her..well...when I said her...it's only my dear...only her...my beloved bazilah...

i know nothing why am I writing these...it's just..I love you dear...deeply and sincerely..

well..going to sleep...good night folks...

salam... =)

Monday, December 06, 2010

100th Post!!!

assalamualaikum wbt..

well..d topic for today...is...yay this is my 100th post...congratulations to me...!! <<<<<< boooo...

ok tak ada kene mengena langsung ya tajuk post dengan tujuan aku posting...alhamdulillah..masih lagi berkesempatan untuk update blog usang ni even ada deadline yang perlu dikejar dalam beberapa hari ini..okeylah..sangat banyak perkara yang membuatkan aku gembira..dan 1 perkara yang menyebabkan kegembiraan aku tak seberapa..okey, post kali ini serba sedikit macam luahan perasaan jugak lah..haha..sempena post #100..eceh....

em..mula-mula biar aku story pasal things yang buat aku gembira dahulu lah ya...okey..mula-mula sekali...mak aku alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah pada 2 Disember yang lepas..eventhough dekat 6 jam flight mak delay..even most of luggage mak tertinggal kat airport Jeddah..alhamdulillah..mak pulang dengan selamat  =)

next..adalah regarding MSC Malaysia-USM Business Plan Competition..kumpulan aku, Team Cosmos, which is consists of aku, bazilah dengan matnor (my FYP teammates also), alhamdulillah..telah di-short-listed kan as the top 3 finalist for the competition under kategori Business Idea...em tapi aku masih pelik jugak lah..hari itu, aku tengok dekat list name peserta-peserta, aku nampak ada 9 kumpulan...lepas tu..hadiah total up semuanya ada 8 hadiah...nanti dekat bawah ni aku letak gambar poster pertandingan tu..supaya korang lebih maklum pasal kenapa aku kate aku rasa hairan...



okay..macam yang korang boleh nampak pada poster pertandingan ni..hadiah ada 8...no 1,2,3 dengan 5 hadiah merit = 8 hadiah lah..betol tak? alhamdulillah..group aku dapat short listed as top 3..then what happens to the other 5 places below?tak kan hilang macam tu saja hadiah-hadiah lain tu..atau maybe judge ada keputusan sendiri dah, wallahualam..anyway...presentation aku nanti hari Rabu ini (8 Disember 2010)..akan menentukan penentuan tempat pertama, kedua and ketiga...doakan kumpulan aku ye..eventhough keyakinan sedikit kurang boleh menang..kami takkan mengalah sampai saat terakhir..haha....amin..em lepas tu..aku tak tahu ni betul atau tidak..tak dapat dipastikan lagi..sila rujuk gambar di bawah pula ya..


ok...aku tak tahu confirm atau tidak, sama ada tiga kumpulan yang dah di-short-list kan ni akan join pertandingan peringkat kebangsaan ni pulak..MSC Malaysia-IHL Business Plan Competition..yang ini aku tak dapat confirmkan lagi..8 disember pertandingan peringkat USM..9 disember keputusan..nanti aku akan update lagi berkaitan jadi atau tidak jadi kumpulan aku masuk peringkat national level...idea tak seberapa, tak sangka Allah bagi peluang untuk mencuba..alhamdulillah :)
ok..ape lagi yer..ok lah..seterusnya masuk lah part yang sedih..which is..sangat-sangat sedih...korang ingat lagi tak..pasal anak buah aku...Iman Humaira yang hari tu sudah sembuh kanser neuroblastoma nyer...the sad news is..last week, the cancer cell became active back..means..anak buah aku dah kena balik kanser tu..ya Allah..sedihnya lah time dengar bende ni daripada Cik...this week..Iman dah akan start kene balik chemotherapy..and this time ada jugak radiotherapy..kerana dikuatiri serangan kali ke-2 ni jauh lagi berat daripada yang sebelum ini..dear reader..mintak jasa baik kamu semua untuk doakan bersama kesejahteraan anak saudara aku ini...semoga keajaiban daripada Allah dapat menyembuhkan Iman..amin ya rabbal a'lamin...

erm..aku rasa aku dah cerita perkara-perkara yang aku rasa perlu diceritakan...sekali lagi..sama-sama kita doakan Iman Humaira.....amin~

p/s: sem ni sem kedua terakhir di USM..oh..dah mula terasa bahang-bahang FYP dah..uwaa...

assalamualaikum wbt =)