Wednesday, December 22, 2010

the future that awaits...

assalamualaikum wbt...

apa cerita semua..sehat kah? aku alhamdulillah...harap korang pun sama, in the pink of health =)

post kali ini maybe sedikit serius (?!) atau maybe tidak serius bagi kamu semua..but it's ok..asalkan bagi aku bende ini serius pun dah memadai..

tajuk post aku ni pun dah boleh bagi korang brief idea regarding apa yang aku nak sampaikan..post kali ini berkaitan future @ masa hadapan @ bahasa simple nya = masa depan...kenapa dengan masa hadapan?well, it is very subjective...dulu, aku rasa macam 'lama lagi' jer bila orang tanya " dah besar nak jadi apa?" atau time isi borang-borang untuk jawab soalan "Cita-cita=?" ..aku rasa benda masa depan nih lama lagi...ahaha...but sekarang..dengan dah umur 21 tahun..dah boleh mengundi dah...ahakz...boleh ke aku main jawab je bila orang lain tanya, "apa cita-cita kamu?"

dulu..aku ingat lagi..chronologically, aku dulu, time orang tanya, nak jadi apa, jawapan piawai...nak jadi engineer...nak jadi doctor...dua pekerjaan ini saja aku katakan@tuliskan apabila orang lain bertanya mengenai cita-cita..selepas itu..masa sekolah menengah..kerana sangat berminat dengan subjek Sejarah...(well..tak minat pada bahagian politik dalam subjek sejarah) aku tukar cita-cita aku...aku nak jadi ahli arkeologi...time tu memang aku fikir jugak...apa punya cita-cita lah nak jadi archaeologist nih?? tak pernah dibuat orang...haha..well..time itu maybe fikir for the short term sahaja agaknya..tak mempertimbangkan isu-isu dan hal-hal semasa...kemudian..aku masuk matrik melaka...dapat pulak kursus biologi..aku mula fikir pulak..oh..boleh jadi biologist nih...lagi dasat pulak tu, aku pernah terfikir nak mintak biomedical science ( ni untuk lepas matrik maksud aku)..tapi..apabila dah lepas satu semester dekat matrik, aku tengok...result paper bio aku sangat tidak memberangsangkan..aku mula menukar fikiran...

"apa yang orang sekarang ramai minat?"......"apa yang orang sekarang kejarkan atau perlukan?" ...


dan dalam masa yang sama..kedua-dua abangku dan akak bekerja dalam sektor IT@ICT..aku dah mula tergerak hati nak amik course IT-related...kedua-dua abang aku graduated from IT@UKM...akak aku pulak Sains Kemanusiaan tak silap, also from UKM..but alih-alih..kerja dekat kompeni IT...aku pun macam fikir...oh..IT banyak peluang dekat luar, even time tu, aku banyak dengar orang kata, graduan IT tak dapat kerja sebab ramai sangat, and peluang kerjanya pun sikit, but aku fikir balik lepas aku dah masuk 1st year CS@USM tu..lepas belajar Moore's Law, yang bagitau dari tahun ke tahun, computer punya capability@processor akan berganda sebanyak dua kali ganda...dan agak betul teori pakcik Moore nihh..aku fikir jugak..kalau banyak sangat innovation and chances, kenapa tak banyak peluang kerja pulak kan? so, itu sebab nya aku masuk dekat USM..apply Computer Sciences..

later, pada tahun kedua aku dekat USM..pengkhususan untuk subjek-subjek tertentu juga telah dibuat..dan aku telah terpilih (walaupun sebenarnya apply manual) untuk menerima pengkhususan Kejuruteraan Sistem Maklumat ( Information System Engineering - ISE) ...daripada pengkhususan ni pula, aku berfikir lagi..bagai manakah peluang kerja agak-agaknya? senangkah dapat? susahkah? wallahualam..aku tak tahu.tapi itu lah..kena mencuba dan optimis terhadap dugaan@cabaran yang dihadapi..

satu lagi..bila cakap mengenai masa hadapan, bukan setakat pekerjaan sahaja yang diambil kira..tetapi juga dari aspek kehidupan..yelah..aku straight forward...siapa tak pernah fikir soal kahwin beb? haha~ jangan gelak..sebab..fikir kahwin tu fikir masa depan jugak..with who shall we share our live with till the end of time? for me, aku dah ada pilihan sendiri...empunya diri adalah rakan sekuliah tersayang..tahu-tahu sendirilah siapa..dah pernah selalu cakap..gambar siap ada dekat banner blog aku lagi ♥...bila nak kahwin? bila dah cukup duit..senang saja aku cakap..ya lah..kahwin pun perlukan perancangan juga..jadi..kalau mahu kahwin..sila cepat-cepat simpan duit.. =)

well..aku dah tak ada idea nak tulis apa dah..cukuplah setakat ini sahaja aku tulis...oh ya..di kesempatan ini..ingin aku mintak kerjasama korang semua untuk tolong aku..simple sahaja..doakan supaya anak buah aku Iman Humaira disembuhkan penyakit kanser neuro blastoma nya disembuhkan..anak buah aku ni dah kali kedua kena serangan kanser ini..dan lebih teruk daripada serangan pertama..doakanlah anak kecil yang comel itu beroleh kesihatan dan dipulihkan oleh Maha Penyembuh...amin...ya rabbal 'alamin...assalamualaikum wbt..

3 comments:

matnormyth89 said...

sakit mata, bersilau..haha
hitam putih menyinar..

aku dr dulu doktor..smpai matrik, bkn doktor tp specialize skit, zoologi..

haha tp amik IT gak..lalal~

IRAH HAJERAH AZMAN said...

nice one,. nanti aku nak buat entry macam ni lah!

anyway, alaaalalala... kesiannya dia weh!aku rasa blom lame ko cakap di comel tu dah sihat :(. Allah sayang dia tu. tu kecik2 lagi allah dah uji

ikhsan said...

matnor : oh..member aku ade 2 org amik zoologi kt ukm..xpasal2..haha

irah : tu lah..sebulan macam tu je..lepas tu kene balik..doc ckp the second attack is much worse...dulu..stage 2/5..now..it's 4/5...tapi wallahualamlah..Allah lebih tahu...